Sinopsis Racun Ibu Full Movie di sini. Telemovie slot cerekarama TV3 ini mengisahkan Rohani sering melepaskan marah kepada anak-anaknya, Sharin, Lili dan Mimi selepas ditinggalkan suami hampir 20 tahun lalu. Kini, dia sudah tidak berdaya kerana disahkan menghidap kencing manis.

Hanya menantunya, Azah(Fasha Sanha) yang bertahan dengan sikap Rohani dan sering uruskan Rohani(Fauziah Nawi). Namun hanya maki hamun yang diterima Azah. Akibat tidak tahan dengan sikap ibu mentuanya, Azah meminta suaminya, Sharin menghantar Rohani ke rumah orang tua. Sharin berang dengan tindakan Azah kerana tidak sangka isterinya akan menuduh ibunya sebegitu rupa kerana Rohani akan berlakon baik dengan Azah jika di depan Sharin.

Jadi, berlaku pertengkaran antara Sharin dan Azah. Suatu hari, Azah ingin menyuapkan makanan kepada Rohani, lalu Rohani mengambil nasi dan ditonyohkan ke muka Azah. Ketika itu Sharin melihat kejadian itu.

Azah bengang dan terus keluar dari bilik. Sharin memujuk ibunya supaya tinggal di rumah kebajikan. Namun Rohani merayu dan mengatakan dia akan berubah. Namun, sikap Rohani masih tidak berubah.

Diana (Ziela Bakarin) telah mencadangkan supaya Azah berjumpa bomoh untuk menghapuskan Rohani. Azah terkejut tetapi akhirnya dia bersetuju kerana penat menjadi hamba kepada Rohani.

Cerekarama Racun Ibu Full Movie ini dilakonkan oleh Farid Kamil, Fasha Sandha, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Bagi yang terlepas menonton Racun Ibu Full Movie, boleh tontonnya di laman ini. Tonton Racun Ibu Online
racun ibu full movie di TV3