projek memikat suami episode 13 akhir
Tonton Projek Memikat Suami Episode 13 di sini. Drama dari adaptasi novel romantik, Projek Memikat Suami nukilan Hanina Abdullah ini mengisahkan Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, telah dikejutkan dengan berita peminangannya.

Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia. Mereka telah melayari hidup berumah tangga berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Projek Memikat Suami Episode 13 ini dilakonkan oleh Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai) dan Sherry Ibrahim.
Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Global Station dan telah bersiaran pada 23 Disember di Astro Ria. Bagi yang terlepas menonton drama projek memikat suami episode 13, boleh tontonnya di laman ini. Tonton Projek Memikat Suami Episode 13 Akhir Online