Tonton Oh My Ganu Full Movie di sini. Oh My Ganu ini yang berlatar belakang sebuah kampung di Pantai Timur menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman. Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang digilai oleh seorang jutawan kampung (Zizan Razak) dan seorang rakan rapatnya lakonan Izzue Islam.

Telefilem Oh My Ganu Full Movie menyambung kisah episod kemuncak iaitu episod 20 Oh My English musim kedua, yang berakhir dengan babak tergantung yang mana Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) harus memilih sama ada berjumpa Sara Jane (Gabriella Robinson) yang akan berangkat ke United Kingdom, ataupun Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) yang mengambil keputusan untuk pulang ke Terengganu. Pada hujung rancangan, penonton diberi peluang untuk membantu Mr. Middleton memilih antara Sara Jane di UK atau Cikgu Ayu di Terengganu melalui undian dalam talian atau menerusi media sosial. Sebanyak 50,000 undian penonton telah diterima dan hasilnya 89% daripada undian menyebelahi Cikgu Ayu. Keputusan inilah yang telah membentuk jalan cerita telefilem ‘Oh My Ganu’.

Selain Zizan Razak dan Izzue Islam, Oh My Ganu turut dibintangi oleh pelakon asal drama Oh My English! seperti Encik Mohd. Salleh (Harun Salim Bachik) dan para pelajar kelas 3 Merah seperti See Yew Soon (Roax Tan), Jibam (Akhmal Nazri), Azlin (Izara Aishah), Hani (Iezahdiyana), Mazlee (Zhafir Muzani), Azlan (Syafie Naswip), Shafiq (Addy Ashraf), Anusha (Kaameshaa) dan Farouk (Amer Shariff). Bagi yang terlepas menonton Oh My Ganu Full Movie, boleh tontonnya di sini. Tonton Oh My Ganu Full Online
oh my ganu full movie