Tonton Love You Mr Arrogant Episod 2 di sini. Drama Love You Mr.Arrogant dalam slot Akasia TV3 ini mengisahkan Zaara Amirah(Zara Zya) yang mempunyai impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama lelaki yang dicintainya.

Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham(Azlee Khairi). Oleh kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya tertekan melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti…teruskan menonton Love You Mr.Arrogant Episod 2.

Pelakon Drama Love You Mr. Arrogant ini ialah Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo dan ramai lagi.
tonton drama love you mr arrogant episod 2