Sinopsis Filem Laki-laki Full Movie di sini. Laki-laki ini mengisahkan 5 orang lelaki dengan 1 program dan 1 pulau terpencil. Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya.

Laki-laki ini ialah Razak, Abu, Azman, Samad dan Jerry. Mereka mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza, namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu program istimewa. Razak, seorang kartunis yang tidak bekerja selepas syarikat tempat dia bekerja jatuh muflis dan masih tinggal bersama dengan ibunya.

Abu pula adalah seorang chef yang kecewa kerana aweknya dirampas dan perniagaannya muflis kerana seorang yang bernama kawan baik.

Azman merupakan pemain bola sepak Malaysia yang sudah digugurkan daripada pasukannya dek kerana sikapnya yang sambil lewa. Seorang pengarah syok sendiri, Samad akhirnya gagal menghasilkan sebuah filem yang dianggapnya hebat.

Dan Jerry, seorang penyanyi rock yang telah disingkirkan daripada bandnya sendiri dan cuba bergerak solo namun tidak berjaya. Menggabungkan kelima–lima kekecewaan mereka, mereka tekad menyertai satu program motivasi untuk membantu mereka berjaya kembali. Namun, satu tragedi terjadi dan mereka semua terdampar di sebuah pulau terpencil.

Bermula disini, mereka berlima belajar menerima diri masing–masing dan mula sedar yang mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Filem Laki-laki dilakonkan oleh Angah Raja Lawak, Zul Handyblack, Adey Syafrien, Mie Raja Lawak dan ramai lagi.
Bagi yang terlepas menonton Filem Laki-laki Full Movie, boleh tontonnya di laman ini. Tonton Laki-laki 2013 Online
laki-laki full movie