Tonton Jangan Pandang Belakang Boleh? Full Movie di sini. Filem Ia mengisahkan tentang teman wanita Dharma (Zalif Sidek), Rose (Adibah Yunos) telah meninggal dunia secara tiba-tiba.
Rose dipercayai mati akibat bunuh diri tetapi Dharma dan kembar Rose, Seri (Shima Anuar) tidak percaya Rose akan membunuh diri. Oleh itu, Dharma dan Seri cuba mencari punca kematian Rose.
Dharma sering diganggu dengan benda-benda mistik. Ini menyebabkan Dharma tidak keruan dan terganggu segala aktiviti harian serta kehidupannya tidak terurus.

Dharma mengadu tentang gangguan yang sering dihadapinya kepada Seri dan rakan sepejabat juga sahabat karibnya, Indra (Epy Kodiang) tetapi mereka tidak mempercayainya.
Akhirnya, Dharma memilih untuk pulang ke kampung bagi menenangkan dirinya. Walau bagaimanapun, dirinya tetap diganggu walaupun sudah berada di kampung. Ketika berubat di kampung bomoh yang mengubatinya mengatakan benda yang menganggunya memang ada kaitan dengannya.

Apa sebenarnya yang menganggu beliau? Apa kaitan semua kejadian yang terjadi dengan diri beliau? Jangan Pandang Belakang Boleh ini diarahkan oleh Ismail Bob Hashim dibarisi kebanyakan pelakon baru meningkat naik seperti Zalif Sidek, Adiba Yunus, Shima Anuar, Epy Kodiang, Ruminah Sidek dan dan ramai lagi. Bagi yang terlepas menonton Filem Jangan Pandang Belakang Boleh? full movie, boleh tontonnya di laman ini. Tonton Jangan Pandang Belakang Boleh? Online
Jangan Pandang Belakang Boleh? Full Movie