Drama Dia Suamiku Episod 8

Tonton Drama Dia Suamiku Episode 8 di sini. Drama Dia Suamiku ini mengisahkan tentang seorang isteri bernama Aisyah(lakonan Nabila Huda) yang sanggup mengorbankan cita-citanya sebagai pereka fesyen bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap suami, Mirza(lakonan Fauzi Nawawi) dan anaknya(lakonan Puteri Balqis).

Bagaimanapun pengorbanan Aisyah sia-sia sahaja apabila suaminya mula bermain cinta dengan Hana(lakonan Yana Samsudin).

Mereka akhirnya bercerai dan Aisyah meneruskan cita-citanya menjadi pereka fesyen. Ketika bekerja di syarikat itu, terbitlah bunga-bunga cinta antara Aisyah dan bosnya sendiri, Johari(lakonan Dazrin Kamaruddin).

Apakah kesudahan hidup Aisyah dalam menghadapi dugaan seperti ini?

Jangan lupa saksikan drama 28 episod, Dia Suamiku yang bermula pada 14 Oktober 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 5 petang. Ditayangkan hanya di Astro Prima (105). Pelakon Drama Dia Suamiku dibintangi oleh Fauzi Nawawi, Nabila Huda, Dazrin Kamaruddin, Yana Samsudin dan ramai lagi.

“Cerita Dia Suamiku memiliki kekuatan tersendiri untuk menarik penonton kerana ia mengetengahkan realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Apabila ada ruang kosong dalam rumah tangga itu pasti akan muncul orang ketiga untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu,” kata pengarah drama ini, Hashim Rejab.

Best ke tak dia suamiku episod 8 kali ini? Nak tahu jawapannya jom tonton drama terbitan MiG ini. Bagi yang terlepas menonton Dia Suamiku episod 8, boleh tontonnya dilaman ini.
drama dia suamiku episod 8