Drama Cinta Mat Semperit

Cinta Mat Semperit mengisahkan tentang Kak Lola (lakonan Fasha Sandha) yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya.

Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman). Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola.

Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola iaitu Ariel. Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya meminati Arian dalam diam. Jadi, ini memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan Ariel. Pada mulanya Ariani tidak mahu memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji jika Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola dia akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Ariani.

Bagi mendapatkan motosikal idaman, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola.

Pelbagai adegan lucu dan menarik yang terjadi sepanjang usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan resipi istimewa kuih semperit Kak Lola.

Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ariel dan Ariani? Jom tonton telemovie Cinta Mat Semperit ini!
Pelakon : Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Roy Azman dan ramai lagi.
tonton telemovie cinta mat semperit