drama banglo seksyen 2
Sinopsis Banglo Seksyen 2 Full Movie di sini. Drama Banglo Seksyen 2 ini mengisahkan Haris, Helmi, Faizal dan Kamal membuat kajian paranormal untuk kerja kursus mereka dengan menyewa banglo RM50 sebulan dan dikatakan berhantu. Seorang lagi pelajar, Azli turut menyertai mereka menyewa banglo itu kerana kebetulan dia mencari rumah untuk disewa. Sejak malam pertama tinggal di banglo itu, mereka diganggu perkara aneh. Helmi seolah-olah melihat budak perempuan berkeliaran tetapi cuba menidakkannya dan merasakan itu hanya khayalan. Sewaktu menggunakan bilik air, Haris terkunci dari dalam.

Selepas berhempas pulas dan menjerit meminta tolong, semua rakan datang membantu. Lebih mengejutkan apabila mereka melihat kelima-lima mereka ada bersama, membuatkan timbul rasa hairan siapa berada dalam bilik air itu. Ia berlanjutan ketika Kamal yang baru selesai mandi melihat rakan sebiliknya Faizal hanya duduk terdiam atas katil. Kamal turun ke bawah menonton TV dan lebih memeranjatkan Kamal, Faizal yang dilihatnya tadi di dalam bilik, sebenarnya ada di ruang tamu bergelak ketawa. Kamal berlari semula ke bilik dan terkejut melihat katil Faizal kosong.

Gangguan demi gangguan terus berlaku sehingga menyebabkan Kamal terbabit dengan kemalangan, akhirnya semua mengambil keputusan keluar dari rumah itu tetapi Haris didatangi roh penghuni asal rumah banglo itu dan mengetahui apakah rahsia yang pernah tersembunyi selama ini.

Drama Banglo Seksyen 2 Full Movie dibintangi oleh pelakon muda iaitu Hairul Azreen(Helmi), Hanis Kamal Bakar (Kamal), Aliff Hadi (Hariz), Aedy Ashraff (Azli) dan Hafeez Mikail (Faizal). Drama ini diterbitkan oleh Dark Wave Pictures Sdn Bhd telah disiarkan di Astro Ria pada 5 Disember lalu pada jam 10 malam.
Bagi yang terlepas menonton Banglo Seksyen 2 Full Movie, boleh tontonnya di laman ini. Tonton Banglo Seksyen 2 Online