Tonton Balada Pencinta Full Movie di sini. Filem Balada Pencinta ini menyingkap kehidupan seorang busker jalanan, Amir (Johan As’ari) yang pernah melalui zaman gelap sebagai salah seorang ahli kumpulan gangster. Pertemuan Amir dengan Aishah (Siti Saleha), menjadi titik permulaan bagi Amir untuk berubah dan mencari jalan kehidupan yang lebih baik.

Namun kisah cinta yang disemai mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua-dua keluarga mereka. Walaupun dianggap sebagai pasangan yang sama cantik dan kaya, tetap tidak merubah perasaan Aishah terhadap Amir. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?

Balada Pencinta ini adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti kasih sayang, romantik, budaya “busking”, kemanusiaan serta pilihan beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan.

Filem ini diarahkan oleh Khir Rahman, keluaran Grand Brilliance. Filem Balada Pencinta Full Movie ini dibarisi oleh pelakon-pelakon handalan industri termasuk Johan As’ari, Siti Saleha, Sein Hussein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein. Tonton Balada Pencinta Full Online
tonton filem balada pencinta full movie di sini