Aku Isterinya Episode 5
Tonton Aku Isterinya Episode 5 di sini. Drama diadaptasi dari novel Aku Bukan Mistress ini mengisahkan Mya Arlissa(Anzalna) terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Dirinya tergadai kepada Mikail(Izzue Islam), lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Drama Aku Isterinya Episode 5 bersiaran di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam. Arahan Fairuz Loy, terbitan Global Station, antara pelakonnya ialah Mikail(Izzue Islam), Mya Arlissa(Anzalna Nasir), Adam(Syazwan Zulkifli), Lisa(Elizad Sharifuddin), Datuk Luthfi(Eizlan Yusof), Datin Adiba(Marissa Jasmin), Mardiana Alwi dan ramai lagi. Bagi yang terlepas menonton Aku Isterinya Episode 5, boleh tontonnya di laman ini. Tonton Aku Isterinya Episode 5 Online