Drama Kampung Girl Episod Akhir

Tonton Drama Kampung Girl Episod 13 (Akhir) di sini. Drama Kampung Girl mengisahkan Ashraf Khairi(Akim), anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi(Nad Zainal), seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan ayam itik di kampung.

Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibubapanya.

Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur.

Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.

Kampung Girl ini adalah sebuah drama komedi romantik menampilkan pelakon popular Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Shah Jazle, Reen Rahim dan Ramli Salleh dan lain-lain. Best ke tak Drama Kampung Girl Episod 13? Kalau nak tahu jom tonton Drama Kampung Girl Episod 13 akhir ini. Selamat menonton!
Drama kampung Girl episod 13 akhir